Nuffnang

Wednesday, 18 September 2013

Naissss Trifle Recipe!

Okayyyyy... hari ini, kita main masak2 ye.. Naissss Trifle nama diberi. Mula-mula, kita mesti sediakan bahan2 yg digunakan utk membuat trifle tu ye. Kepada sesiapa yang tidak ada idea untuk sediakan pencuci mulut untuk tetamu yang hadir, haaa... ni adalah resepi paling ringkas dan senang. silaLah mencuba... (^^,)v


Nais Trifle 

mmmmmm.... dapnyee

BAHAN A
  • Cake or swiss roll secukupnya
  • Air dari jus cocktail
CARA-CARA
  1. Cake hendaklah dipotong dan disusun ke dalam mangkuk. Cake mestilah menutupi setiap ruang pada dasar mangkuk.
  2. Renjiskan sedikit air cocktail ke atas cake yang telah disusun di dalam mangkuk.
BAHAN B
  • 1 cawan tepung custard
  • 1/2 cawan gula (bergantung kpd individu)
  • 1 tin susu cair
  • 1 tin air (sukat menggunakan tin susu td yeee)
  • 1 tin buah cocktail (asingkan jus dan buah)

CARA-CARA
  1. Satukan semua bahan, kacau bahan2 td sehingga custard sebati.
  2. Masak custard tadi dengan menggunakan api yang kecil sehingga custard tu kelihatan likat. (utk memastikan custard tu well cooked, custard itu akan kelihatan sedikit meletup-letup)
  3. Curahkan adunan custard tadi ke atas lapisan cake (BAHAN A)
  4. Susunkan buah cocktail yg telah kita toskan td ke atas lapisan custard td ye... pastikan buah tu ditekan-tekan sedikit supaya buah tidak terapung semasa lapisan terakhir memenuhi ruangg... aceehhh
BAHAN C
  • Crystal Jelly - umi pilih jenama Nona perisa strawberry. huhu
  • 400ml air
CARA-CARA
  1. Sila ikut instruction belakang kotak.
  2. Campurkan serbuk crystal jelly bersama air.
  3. Kemudian masak atas api sederhana sehingga serbuk crystal jelly larut sepenuhnya
  4. Curahkan perlahan-lahan ke atas lapisan BAHAN A & BAHAN B.
  5. Sejukkan sebentar sebelum pindahkan ke dalam peti sejuk

okayyy.. sila la try ye.. nak buat ni pon tidak leceh n tidak memerlukan masa yang panjang untuk menyediakannya.