Nuffnang

Friday, 29 November 2013

Budget Tunang?

Atas permintaan girlfie saya, saya akan continue untuk menyebarkan lagi risalah-risalah yang tidak habis.


Ahaaa.... 3000 untuk tunang? Berbaloi ke? atau terlebih? atau terkurang? 

Pokok pangkalnya, depend on how we manage the event. Let's begin
.
.
.
First and foremost, senaraikan barang2 yang perlu dibeli. Perlu diingatkan, JANGAN MEMBAZIR, membazir kan amalan syaitannn... Beli hanya mengikut keperluan. Semoga ikatan yang terjalin diberkati Allah. ehh... panjang pulak I membebel.
Barang2 yg sudah disenaraikan perlu dibahagi mengikut bulan. Dahulu kan barang yang penting atau mengikut budget u'oll bulan tu la kan.
Perlu diingatkan sekali lagi, jangan berbelanja lebih daripada gaji atau kemampuan anda. BERHUTANG adalah salah satu perbuatan yang tidak sihat. Kawal nafsu shopping tu ye.. Pastikan u'oll ada duit lebih selepas berbelanja. If u'oll dah terdesak sangat, dan berjanji nak bayar balik hutang tu dengan kadar segera, itu boleh dipertimbangkan lagi. Jangan jadikan berhutang satu tabiat dalam diri kita.
Okehh, berbalik kepada topik.. huhu..


Barang Wajib + barang hantaran + perbelanjaan (Combine lelaki+perempuan)
1) Cincin     
RM800
2) Kain untuk buat baju nikah 
RM400 (jika perlu)
3) Coklat 
RM100
4) Buah-buahan
RM60
5) Sejadah
RM40
6) Songkok
RM40
7) Kain Pelikat
RM30
8) Baju masa tunang
RM150
9) Andaman 
RM100
10)Mini Pelamin
RM350 (with backdrop panel)
11)Goodies  
RM100 depend on how many invitation
12)Jamuan
RM300
13)Homestay rental         
RM250 if partner u'oll orang jauh la kan.
14)Accessories hantaran
RM100 if barang akak kita ada yg reusable, guna je k. tp utk anak first, memang tak cukup la 100 tu. hehe
15)Service Kereta 
RM100
16)Minyak kereta
RM100
17)Hulur2 pada org konvoi
RM100
total
RM3120

Perlu diingatkan lagi, budget biar lebih. Beli kena kurang.

Thursday, 28 November 2013

PERSEDIAAN UNTUK PERTUNANGAN

Haaa... Kali ni saya nak share persediaan saya untuk melangkah ke alam pertunangan.

SEMASA PERANCANGAN (at least 3-4bulan sebelum)
  1. Get your final decision with your partner... p/s: if tak confirm each other, tetiba partner kita tak agree, kan da payah tu
  2. Discuss with your parents. Especially lelaki. Sebab lelaki yang kena masuk meminang. 
  3. Confirmkan pulak dgn pihak perempuan date yang sesuai untuk event tu.
  4. Get to know hantaran yang bakal diberi. eg: berapa balas berapa
  5. Bila dah confirm, baru pikirkan hantaran yang bakal diberi. 
  6. Since harga emas pon dah mahal sekarang kan, u'oll kenalah pandai budget kayhhh..
  7. Untuk yang membuat tempahan cincin, sila rancang 5-6 bulan sebelum kerana tempahan akan mengambil masa yg sangat lama up to 6months sehinggalah saya mengambil keputusan utk cancel order. Sedihkan.. End up, saya beli yang ready made aje even harga dah menjadi sangat mahal compared to harga yang ditempah.
  8. Ahaaaa.. hampir terlupa, lelaki kena standby duit lebih in case jd macam saya, tempahan drag sampai 6bulan which is, masa yang dijanjikan hanyalah sebulan. Should I mention the goldsmith? hmmm.. tak perlu kot. For further info, korang boleh ask me kayh.
  9. Untuk pihak perempuan, korang perlulah sediakan makanan untuk pihak yang meminang. Takkan tak sediakan apa2 kot kan. 
  10. Pada yang mempunyai budget lebih, bolehlah sediakan mini pelamin untuk majlis pertunangan tu nanti. Please make sure, tempah awal!
  11. Haaa... last sekali saya nk beritahu, adalah budget over all untuk pertunangan. Combine lelaki dengan perempuan tauu.. ahaaa... it's around 3k. Apa yang sampai 3000 tu yee.. haaa.. Later I will share kayh.
KETIKA HARI PERTUNANGAN
  1. Bagi pihak lelaki yang perlu travel jauh untuk ke rumah pihak perempuan, pastikan driver kereta mendapat rehat yang secukupnya sebelum memulakan perjalanan
  2. Pastikan kereta berada dalam keadaan yang baik lagi cemerlang untuk mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku.. p/s: jangan bawak laju2. Ingat! Anda sedang berkonvoi. :) Nanti ekor tertinggal.
  3. Ahaaa.. Cincin yang telah disediakan oleh pihak lelaki perlu disarungkan ke jari manis sebelah kanan perempuan yee.. p/s: mak lelaki je ye yang boleh sarungkan cincin. lelaki tu.., no no no
  4. Last sekali, jamulah pihak lelaki untuk makan.. MARI MAKAN!!!