Seperti yang kita sedia maklum, setiap kali tengok rancangan Semanis Kurma, wajib ada ayat2 quran yang boleh dijadikan amalan. Hari ni my mr.f ada share pasal ayat2 yg telah diberikan oleh Ustaz dan Ustazah untuk dijadikan amalan. Ayat di bawah adalah doa untuk kesejahteraan keluarga. Marilah kita sama-sama mengamalkannya. Semoga keluarga yang kita bina, selamat sejahtera hingga ke syurga.
Surah Al-Baqarah Ayat 201:
وِمِنْهُم مَّن يَقُولُ رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ
Dan di antara mereka pula ada yang (berdoa dengan) berkata: "Wahai Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat, dan peliharalah kami dari azab neraka".
And of them ( also ) is he who saith : "Our Lord! Give unto us in the world that which is good and in the Hereafter that which is good , and guard us from the doom of Fire . "
Surah Al-Furqaan Ayat 74:
وَالَّذِينَ يَقُولُونَ رَبَّنَا هَبْ لَنَا مِنْ أَزْوَاجِنَا وَذُرِّيَّاتِنَا قُرَّةَ أَعْيُنٍ وَاجْعَلْنَا لِلْمُتَّقِينَ إِمَاماً
Dan juga mereka (yang diredhai Allah itu ialah orang-orang) yang berdoa dengan berkata: "Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami: perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya, dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertaqwa.
And who say : Our Lord! Vouchsafe us comfort of our wives and of our offspring , and make us patterns for ( all ) those who ward off ( evil ) .
